TAJUK 1
|
Konsep Pengujian, Pengukuran
dan Penilaian
|
- SINOPSIS
Apabila
pemahaman tentang konsep dapat didalami dengan betul, maka fungsi ’pengujian
dan penilaian’ sebagai indikator pencapaian atau penguasaan pelajar dalam
sesuatu kemahiran, akan memberi maklum balas atau gambaran yang sebenar tentang
keupayaan pelajar. Seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru
itu sendiri.
Modul ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian,
pengukuran dan penilaian di sekolah rendah. Modul ini juga meliputi ciri-ciri utama ujian,
bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di antara penilaian berasaskan norma dan
kriteria.
- HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul
ini, peserta kursus akan dapat;
i.
Menjelaskan konsep dan matlamat pengujian, pengukuran dan
penilaian dalam pendidikan;
ii.
Menjelaskan konsep kesahan, kebolehpercayaan,
keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran;
iii.
Membezakan bentuk penilaian formatif, sumatif, pra
kelayakan dan diagnostik serta penilaian alternatif.
- Kerangka Tajuk-tajuk

1.1 Pengertian
dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian
Penilaian memainkan peranan penting
dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi
mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program
penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,
penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’.
Justeru itu,
penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan
berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran
yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran
di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek
utama dalam bidang penilaian pengajaran.
Seseorang guru biasanya
merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak diajar sebelum merancang
strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan
soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina
soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati
objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang diajar.
Seterusnya, kertas jawapan
pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk
membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang
diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya
pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman
terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan
ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik
serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi
memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.
1.2 Konsep Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor,
menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan
tertentu.
1.2.1 Definisi Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan.
1.2.2 Tujuan pentaksiran
i.
Proses
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
ii.
Menilai
aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii.
Mendapatkan
maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
iv.
Memperbaiki
pengajaran pembelajaran
1.2.3 Prinsip Pentaksiran

1.3 Pengertian Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan
satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan
pelajar dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian adalah alat ukur. bagi
mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan
(dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar
untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap
penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada
jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat
ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan
penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi
membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan
mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan
boleh dipertahankan. Satu daripada
cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang
berkualiti.
1.3.1 Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan utama pengujian ialah untuk
menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru
menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat
diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi
pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.
a. Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah
untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru
berkesan. Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi
dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan
mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh
diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.
b. Pengredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru
boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’,
‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui
pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang
prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.
Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh
memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses
pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan,
bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar
khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan
pelajar di sekolah.
c. Pemilihan
dan Penempatan
Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan
sebagai asas bagi pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang
cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih untuk mewakili sekolah.
Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk mengikuti
kursus tumpuan bidang tertentu.
d. Kaunseling
dan Bimbingan
Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu
pelajar supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan
kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki
keadaan pelajar. Keputusan ujian juga membantu para guru dan kaunselor untuk
memberi khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang
kerjaya yang diminati.
1.4 Konsep Penilaian

Penilaian merupakan satu proses
memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan
membuat pertimbangan menilai.
Proses menilai dapat memberi
maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru
dan keberkesanan kurikulum.
Dijalankan sebelum, semasa atau
selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik
atau keseluruhan kurikulum.
1.4.1 Tujuan Penilaian
i.
Mengetahui keupayaan, kemahiran
atau pengetahuan asas yang sedia ada
pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar.
ii.
Menolong guru mengetahui sejauh
manakah pelajar mereka telah dapat menguasai
atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
iii.
Membandingkan pencapaian
pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di
sekolah.
iv.
Menentukan pelajar yang tinggi
keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
v.
Membolehkan guru menilai
bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
vi.
Membolehkan pelajar mengetahui
kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera
pula memperbaikinya.
1.4.2 Jenis-Jenis Penilaian
Banyak
cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan
kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif.
Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran
pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan
oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa
sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat
dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian
iaitu penilaian formatif dan sumatif.
a. Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk
mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang
diajar. Penilaian formatif dilakukan
bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka
diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat
berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat
dikesan.
Penilaian formatif dapat menentukan
samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih
tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar
untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.
Memandangkan laporan penilaian
formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit
pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai
“menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian
formatif tidak sesuai digred.
b. Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan
bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian
sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif
ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir
kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan
melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran
pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan
bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang lebih
tinggi.
Latihan
![]() |
c. Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik
Penilaian pra kelayakan
digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai
kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi.
Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti
pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan
kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang
berkaitan boleh lakukan.
- Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian mengukur secara
khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar.
Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian
pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan
pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.
- Ujian
Kecerdasan
Ujian
kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai
fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am
seseorang individu.
- Ujian Prestasi
Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar
menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri
aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk
memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan
kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan dalam ujian
prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual
pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik
portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui
teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi
kehendak soalan ujian.
d. Penilaian Alternatif
Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah
penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil
tradisional. Penilaian pengajaran di sekolah
sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan
oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap
disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.
PERKAITAN 3P

Berdasarkan rajah di atas, kita
dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan
tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau
objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek
bekenaan.

![]() |
TAJUK 2
|
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
|
- SINOPSIS
Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya
adalah untuk membina keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang
dilihat oleh mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menghargai dan memanipulasi
bahasa tampak yang menghendaki seseorang itu berkeupayaan untuk membaca
imej-imej visual. Disamping keupayaan
ini menerusi pendidikan seni juga pelajar diberi peluang untuk membina
kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu juga dengan
pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain afektifnya. Ini adalah
teras kepada pembelajaran Pendidikan Seni.
Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya
untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut.
Sejauhmanakah pencapaian pelajar-pelajar dalam
membina keupayaan, kemahiran dan memupuk nilai tersebut dicapai?
Sejauhmanakah pencapaian dan berkesannya pengajaran dalam mata pelajaran ini?
Untuk menjawab persoalan ini, satu proses penilaian perlu dilakukan. Penilaian
pendidikan seni boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi
membantu pelajar yang bermasalah. Mekanisma untuk mendapatkan maklumat tersebut
adalah dengan mengadakan pengukuran, pengujian atau penilaian.
- HASIL PEMBELAJARAN
Pada
akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;
i.
Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan
oleh pihak penilai;
ii.
Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai;
iii.
Membezakan bentuk – bentuk pentaksiran.
Konsep
Pentaksiran
Dalam
konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi
tujuan tertentu. Pentakiran dapat
dirumuskan seperti carta di bawah;

Tujuan
Pentaksiran
i.
Proses
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
ii.
Menilai
aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii.
Merupakan
satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat
pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk memberi
maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap
iv.
Merangkumi
aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.
Memikirkan

2.1 Jenis Pentaksiran
2.1.1 Pentaksiran autentik
Bererti
mengevaluasi pengetahuan atau
keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan
nyata sedekat mungkin. Mengikut Rudner
& Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan,
kemahiran dan strategi dengan memberi
maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Pentaksiran
autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti
yang disebut oleh HillS (1993);
yang disebut oleh HillS (1993);
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,
kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi
dunia sebenar. Dalam erti kata lain,
pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai
bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,
kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang
membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri.
Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’
dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran
autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students).
Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu
sistem penilaian yang sesuai untuk
dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan
seni visual dengan rasional lain seperti
yang berikut:
a)
Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk
perkembangan kanak-kanak:
-
Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan
tanggapan seterusnya melahirkan konsep.
- Brown (19 80) mendapati bahawa
pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran
mengembangkan pemikiran yang kritis.
b)
Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan
kanak-kanak
c)
Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan
kesinambungan subjek.
Ciri-ciri
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran
autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis
keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Antara
ciri-cirinya ialah:
i.
Menilai pemahaman melalui penampilan
tugasan yang dilaksanakan.
ii.
Indikator profisensi melalui aktiviti
melakukannya.
iii.
Subjek menganalisis, mensintesis dan
mengaplikasi.
iv.
Subjek membina maksud yang tersirat.
v.
Berpusatkan kanak-kanak.
Contoh-contoh
pentaksiran autentik;
Ø
Persembahan
tarian
Ø Mempersembahkan karya tulis
asli kepada rakan- rakan sebaya
Ø Mendemostrasikan hasil
karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show (
pertunjukan Seni)
Ø Menunjukkan keterampilan
yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.
Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;
Ø Dapat
mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.
Ø Menghubungkan
pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat
luas.
Ø Mengungkapkan
dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.
Ø Menangani
teknologi dan berfikir sistematik.
Kesimpulan Pentaksiran Autentik
Pentaksiran
autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari
pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru dalam
proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam
persekolahan yang lebih tinggi.
2.2 Pentaksiran
Hasil Pembelajaran
Definisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah
proses pengumpulan data yang memberitahu
sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada
mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu
memberi perubahan kepada individu yang terlibat.
Sekolah
yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu
sahaja. Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai
keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang individu
sahaja. Pihak sekolah menggunakan
maklumat yang diperoleh untuk
menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan
perlu. Penilaian yang diadakan mestilah
bersifat berterusan. Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan
dalam menjalankan penilaian.
Pendektan yang
yang dikemukan dikemukan oleh oleh MONTGOMERY tentang pentaksiran
berasaskan berasaskan hasil pembelajaran;
![]() |
|
![]() |
Kebaikan
kaedah pentaksiran hasil pembelajaran ini boleh dikategorikan kepada 3 bahagian;

Kesimpulan
Pentaksiran
ini mempertingkatkan pembelajaran
berdasarkan penilaian yang sistematik.
Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran
yang spesifik. Pentaksiran ini memacu
sekolah ke arah yang lebih
cemerlang. Pembelajaran yang berterusan
akan berlaku kerana penilaian
bersifat berterusan. Pentaksiran lebih
terarah kepada program yang afektif bukan bebentuk individu.
2.3 Pentaksiran “Performance Based”
Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah
proses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang
dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan
bermakna juga menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran
(contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan
kemahiran berfikir secara kritis). Memberi
pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui
pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa
hadapan. Merangsang pelajar
menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia
sebenar.
Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:
1.
Portfolio (dapatan hasil kerja)
Kaedah
ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke
semasa. Ianya juga suatu cara yang
membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.
2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi
sebenar).
Pentaksiran
akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian
masalah
dalam sesuatu situasi yang diberikan.
3. Mengukur berdasarkan
keupayaan.
Pentaksiran
ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :-
- Bahan penulisan
- Persembahan
- Gerak kerja projek
2.5 Pentaksiran
dan Motivasi
Suatu
variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri individu,
yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah
suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat
menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian
suatu tujuan.
Motivasi
berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia.
Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi;
·
sesuatu
yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama ada secara
negatif atau positif
·
Pengarah
Tujudan Penggerak Tindakan
·
Darjah
Kesungguhan
·
Stimulator
/ semangat
Tiga Kategori Motivasi
i. Motif Primer :
·
Dibawa
sejak lahir & bukan hasil proses belajar
·
Faali/psikologis
·
Keinginan
untuk makan & minum
ii. Motif Umum:
·
Dibawa
sejak lahir & bukan hasil proses belajar
·
Tidak
berhubungan dengan proses faali tubuh manusia
·
Kebutuhan
kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan
iii. Motif Sekunder:
·
Tumbuh
sebagai hasil proses belajar
·
Tidak
berhubungan dengan proses faali
·
Kebutuhan
berprestasi & berkuasa
2.6 Pentaksiran
Konsep kendiri
Konsep kendiri merupakan
penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya
secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga
menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri
dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya
meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap
pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar
benar-benar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri
juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan
penilaian.
Penilaian
kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri. Carl
Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi
seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri
berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang
dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri.
Dari segi psikologi,
Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep
kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:
§ tanggapan diri seseorang individu
§ proses yang menentukan tingkah laku seseorang
individu
Syarifah Alawiah (1987),
pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang
individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran.
Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.
Fungsi
Dalam
pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri;
• membolehkan
pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan
kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu;
• memberi
panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi
pembelajaran seterusnya;
• memberi
keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan
pencapaiannya;
• mengurangkan
kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan/kekuatan dan
kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran, dan
• membolehkan pelajar sentiasa bersikap
kritis terhadap kerjanya.
Kaedah:
1. Bagi
memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati
matlamatnya guru hendaklah
•
meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaran
• mengemukakan soalan-soalan yang
boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri.
•
melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka
berpandukan instrumen seperti senarai semak
atau alat rubrik
• membimbing pelajar melaporkan dapatan
penilaian masingmasing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya;
2. Penialian kendiri boleh juga dibuat
dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak
dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak
atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan)
membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu kemudian dikumpul dan
dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.
Proses
menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri
itulah menjadi “penilaian kendiri”
Konsep Kendiri Positif
Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.
Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
§
Menghargai
§
Memuji orang lain
§
Puas hati dengan
pencapaian
§
Murah hati
§
Mudah berkawan
§
Puas hati dengan dirinya
§
Berpuas hati dengan
bahan-bahan kepunyaannya
§
Peramah
Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif
§
Cenderung untuk merasa
salah
§
Takut kepada kegagalan
§
Sering merasa bimbang
§
Cepat berkecil hati
walaupun melibatkah masalah kecil
§
Pencapaian akademik yang
rendah
§
Tidak gemar kerja
mencabar
§
Kurang keyakinan pada
diri sendiri
§
Kurang berminat untuk
mendapatkan maklum balas
§
Melihat diri sebagai
kurang menarik dari segi personality
TAJUK 3
|
Bentuk Pentaksiran
Pendidikan Seni Visual
|
- Sinopsis
Keberkesanan P & P tidak akan dapat diketahui
sehingga pelajar-pelajar di uji sejauh mana tahap kefahaman mereka. Oleh itu
satu mekanisme seharus nya di cari bagi menilai pencapaian mereka.
Pelajar-pelajar ini dinilai dengan pelbagai cara dan kaedah yang dapat meneliti
dengan lebih perinci serta keesahan nya. Beberapa kaedah serta cara yang
dikemukakan seharus nya dapat membantu guru khas nya dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual yang menilai pelajar mereka dengan pelbagai cara untuk
melihat ’produk’ yang dihasilkan pelajar.
- HASIL PEMBELAJARAN
Pendidik akan
memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai :-
i.
Penilaian formatif
ii.
Penilaian Sumatif
iii.
Pemerhatian
iv.
Portfolio
v.
Hasil Kerja ( Produk )
- Kerangka
Tajuk-tajuk

3.1 PENILAIAN FORMATIF
Penilaian
formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.
Ciri-ciri :
·
dijalankan bagi tujuan
memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.
·
dijalankan sepanjang
masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus
menerus.
·
bercorak ujian
diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid
dalam mengikuti pembelajaran.
·
dijalankan sepanjang
masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung
·
maklumat yang diperolehi
hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya
·
Contoh: sesi soal jawab,
latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan
gred.
Prosedur Penilaian Formatif
Menentukan topik pembelajaran.
·
Sukatan pelajaran
mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi
persekolahan untuk satu tahun.
·
Topik berdasarkan
sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.
·
Seandainya topik
tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan
mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
·
Dengan cara ini guru
akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih
dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.
·
Sebelum beralih kepada
topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan
sesuatu topik.
Menyatakan aspek dan tahap pencapaian
bagi sesuatu topik pembelajaran.
·
Guru menentukan
kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut
keperluan topik berkenaan.
·
Setelah aspek berkenaan
ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik
darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.
·
Dalam hal ini apabila
keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan
terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah
menguasai topik berkenaan.
Menghubungkaitkan elemen-elemen yang
terdapat dalam setiap topik.
·
Guru perlu menyusun
elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat
perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.
·
Setelah pemeringkatan
mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen
berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak
terpisah.
Jadual
3.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
TAHAP
|
ISTILAH
|
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi
teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.
|
Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.
|
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu
bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah,
memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
|
Pilih, terangkan,
tulis semula.
|
Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk
menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula.
Bina graf daripada data, dll.
|
selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
|
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil,
bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali
struktur organisasi.
|
Bezakan, pasti, pilih.
|
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha
tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
|
Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
|
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk
memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik
|
Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
|
Membentuk soalan ujian.
·
Dilakukan selepas
penentuan elemen-elemen berkenaan
·
setiap elemen berkenaan
seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.
Mencadangkan langkah susulan.
·
Guru mengetahui tahap
penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh
murid-murid.
·
Tindakan susulan harus
dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi.
·
Contoh: murid-murid
masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan
selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan
atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai
topik tersebut.
Tujuan Penilaian Formatif:
·
memperbaiki pengajaran
pembelajaran.
·
meningkatkan pencapaian
pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.
·
memperlihatkan
kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan
murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan
lebih baik.
·
menolong murid-murid
menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka
memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester
persekolahan.
·
memperbaiki kualiti
serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang
guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke
semasa.
·
guru dapat meninggi dan
mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh
dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu
melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah
yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah
diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal
pencapaian pada akhir penggal persekolahan.
·
mengubah suai pengajaran
seseorang guru.
·
guru juga dapat
menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian.
·
memberikan bimbingan
pembelajaran kepada murid-murid.
menjadikan murid sentiasa bersedia untuk
menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan
tumpuan kepada topik-topik pembelajaran
3.2 PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah
penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang
bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian
formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam
sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar
pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan
keberkesanan sesuatu kurikulum.
Ciri- ciri:
·
lebih menumpukan menilai
tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran
·
untuk menentukan
pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk
menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan
Langkah-langkah
membentuk ujian sumatif :
·
Membentuk jadual
penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif,
bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi
memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan
yang diperolehi.
·
Menggubal soalan-soalan
yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah
menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan
·
Mengumpul item secara
sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item
objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya.
Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran
kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih
tinggi.
·
Menyiapkan skema
pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan
berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.
·
Menyediakan arahan yang
jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan
yang dikemukakan.
·
Menguji item tersebut
terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan
ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta
dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.
·
Menganalisis item yang
telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya
diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan
serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan
dengan baik
Tujuan :
·
membantu murid-murid
secara individu dalam meningkatkan pencapaian.
·
memberikan gred kepada
murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang
diadakan.
·
mengiktiraf kebolehan
dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi
oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.
·
dijadikan petunjuk dalam
memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
·
memperlihatkan peringkat
pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan
3.3 PEMERHATIAN
Kaedah Pemerhatian Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang
digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan
alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal
selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu
tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal
pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan
tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh
atau dari dekat.
Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati
sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak
digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains
dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat
halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.
Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik
mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan
tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan,
kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan
individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan
dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan
kaunselor dan guru pelatih.
Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan
yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu,
dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara
rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.
Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian
iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati,
generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori
tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan
direkodkan.
Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku
yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan
yang eksklusif. Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku
seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain.
Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh
kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat
dilakukan dengan mudah dan tepat.
Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod
pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan.
Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan
mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan.
Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan
ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh.
Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi
sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan
tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai
penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah
pensampelan tingkah laku.
Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan
agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara
berterusan.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat
pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa.
Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan
sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang
dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.
Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian Peserta
Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang
daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia
membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan
dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.
Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat
mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan
dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga
memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat
diperhati di peringkat awal.
Pemerhatian Bukan Peserta
Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang
sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang
semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti
terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati.
Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman
termasuk teropong, kaset, dan kamera video.
Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari
akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang
tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan
menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan
menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.
Kebaikan Kaedah Pemerhatian
• Pemerhatian
terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat
dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai.
• Maklumat
yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi
bahan rujukan penting dalam kajian.
• Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh
daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil
sampel yang telah dikenal pasti.
Kelemahan Kaedah Pemerhatian
• Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka
diperhati dan diteliti.
• Sampel
mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka
diperhati.
• Pemerhati
yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak
konsisten dan sesuka hati mereka.
• Pemerhati
mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti
perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.
3.4 Portfolio
Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau
dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan
bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan
perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang.
Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa
kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.
Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat
melihat :
• Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
• Contoh
hasil kerja pelajar
• Penyataan
perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual
• Hasil
penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting
untuk dikongsi bersama pihak lain
• Petunjuk
keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni
Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan
kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan
proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio
Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut
menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan
secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.
Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan
masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya
pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil
kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi
bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian
benar dalam proses pembelajaran pelajar.
Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan
portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar
portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian,
perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak
dibuat.
Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4
aspek :
Kajian
• Pemerhatian
dan pengamatan
• Koleksi
bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
• Rumusan
dan pertimbangan dalam membuat pemilihan
Lakaran
• Eksperimentasi
melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif ‘Pewujudan Idea’
• Perkembangan
lakaran berkaitan tema atau tajuk
Rangka Sebenar
• Merangka
reka cadang atau model
• Menentukan
alatan dan bahan
• Prototaip
(jika berkaitan)
Persembahan Portfolio
• Ringkas,
menjimatkan, menarik dan tepat
• Mengikut
urutan
• Bersih,
kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran,
rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung
kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada
kemungkinan besar pelajar akan menyediakan
portfolio dalam bentuk seperti:
•
Jurnal
• Diari
• Laporan
• Kompilasi
catatan yang dijilid
• Beberapa
helaian kertas yang di kokot
• Ataupun
mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum.
Antaranya :
• Untuk
memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar
• Untuk
membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
• Untuk
membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
• kemajuan
pembelajaran pelajar
• Memberi
peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
• Menentukan
kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar yang
lain
Cadangan Kandungan Portfolio
Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa
kecerdasan, antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti :
• Catatan
pra penulisan
• Draf
projek penulisan
• Huraian
bertulis tentang tajuk /tema/kajian
• Proses
Penyelesaian masalah
Kecerdasan ruang-,visual seperti:
• Lakaran,
catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.
Kecerdasan interpersonal seperti :
• Maklum
balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain
• Laporan
rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:
• Catatan
jurnal
• Esei,
senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
• Sampel
latihan refleksi kendiri
• Soal
selidik
• Carta
kemajuan
• Catatan
refleksi tentang hasil kerja sendiri
3.5
Hasil
Kerja
Pemerhatian
hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang
diperlihatkan pada hasil kerja.
Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan,
interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.
Aspek
afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah
pemerhatian. Semasa proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan
adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,
bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.
Penilaian
secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru
berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek
seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam
kemahiran berfikir.
Aktiviti-aktiviti
lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,
kuiz,
temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan
adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir
dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan
mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.
Penilaian
secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman
murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk
folio.
Penilaian
menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal,
kritikal dan analitikal. Murid juga
digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan.
Melalui
penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman
konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan
soalan-soalan obejktif dan subjektif harus
menggambarkan
pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran
berasaskan Taxonomy Bloom seperti
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
No comments:
Post a Comment