DEFINISI:
•Kebolehan seseorang untuk membezakan antara objek dan latar belakangnya secara visual.
•Objek yang difokuskan oleh seseorang individu dipanggil figura.
•Pakar psikologi telah mencipta pelbagai jenis rangsangan untuk mengkaji bagaimana seseorang individu memisahkan figura daripada latar belakang.
FUNGSI FIGURE GROUND PERCEPTION
Figure ground perception digunakan untuk membantu pelukis dan pereka menggubah helaian 2-D.
Dalam deria asas, hal ini merujuk kepada kebolehan kognitif untuk memisahkan elemen di atas kontra, seperti gelap dan cerah, hitam dan putih.
Figure ground juga boleh digunakan di dalam map design.
Dalam deria asas, hal ini merujuk kepada kebolehan kognitif untuk memisahkan elemen di atas kontra, seperti gelap dan cerah, hitam dan putih.
Figure ground juga boleh digunakan di dalam map design.
FAKTA MENGENAI FIGURE GROUND PERCEPTION
Persaingan antara figura dan latar belakang
Figura sepatutnya menjadi latar dan latar sepatutnya menjadi figura.
Figura dan latar menghasilkan ilusi optikal.
CONTOH FIGURE GROUND PERCEPTION
♣ PRINSIP GESTALT ♣
♣Prinsip Gestalt diperkenalkan pada sekitar tahun 1920 oleh Max Wertheimer merupakan deskripsi secara umum untuk konsep yang membuat kesatuan dan berbagai kemungkinan dalam rekaan.
♣ Prinsip Gestalt dan Persepsi visual merupakan pengertian yang sangat membantu sebagai kaedah visual utama dari perkembangan strategi visual rekaan grafik dan komunikasi visual saat ini.
♣ SEJARAH GESTALT ♣
• Bermula dari hasil karya Max Wertheimer (1912) dari Jerman, juga psikologis Kurt Koffka (1935) dan Wolfgang Kohler (1940) dan
John.B. Watson dari Amerika (1913)
• Istilah “gestalt” dalam bahasa Jerman sebenarnya sulit diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain, tapi boleh diterjemahkan sebagai “shape”; “form”; “configuration”; “pattern” (dalam bahasa Inggeris)
SIFAT DAN PERILAKU MANUSIA:
♣ selalu membaca dan cuba mengenali apa yang dilihatnya --> persepsi
♣ PATTERN SEEKING
• Pattern seeking ini biasanya perbuatan melihat atau mencari pola serta konteks yang terzahir pada gambar atau yang sudah diketahui oleh pemerhati.
• Kecenderungan manusia untuk mengorganisasikan atau mengklasifikasikannya (gestalt principles of grouping).
♣ Prinsip dasar Pengelompokkan/Grouping Gestalt ♣
• proximity (hukum keintiman)
• similarity (hukum persamaan)
• closure (hukum lengkap)
• continuity (hukum kesinambungan)
• symmetry (simetri)
• similarity (hukum persamaan)
• closure (hukum lengkap)
• continuity (hukum kesinambungan)
• symmetry (simetri)
• simplicity (kesederhanaan)
♣Proximity (hukum keintiman) ♣
●Sebuah kesatuan atau pengelompokan yang terbentuk dengan adanya elemen-elemen yang saling berdekatan.
Contoh :
●Pandangan mata akan cenderung melihat dua kotak yang saling berdekatan sebagai satu kelompok. Kita tidak melihat kotak ke-2 dan ke-3 dari kiri sebagai sepasang kerana berjauhan.
♣ Similarity (hukum persamaan) ♣
●Objek yang sama akan terlihat secara bersamaan sebagai kelompok.
●Hal ini dapat ditentukan daripada keadaan bentuk, warna, tekstur, ukuran, mahupun arah (contoh : sekelompok ikan/burung yang bergerak searah).
Contoh :
Kita akan melihat objek-objek dalam barisan/row mendatar, bukan secara vertikal.
♣ Closure (hukum lengkap) ♣
●Kita lebih menyukai bentuk yang tertutup/complete atau menyambung daripada yang tidak/incomplete.
Contoh:
Menganalisis akan secara mental dengan menyambungkan garis-garis yang putus-putus dan melihat lingkaran secara menyeluruh.
♣ Continuity (hukum kesinambungan) ♣
●Penataan visual yang menyebabkan pergerakan mata untuk mengikuti ke sebuah arah tertentu.
Contoh :
Kita akan melihat satu garis lurus dan sebuah garis lengkung melewatinya. Kita tidak akan melihat gambar tersebut terdiri dari dua bagian seperti di gambar kanan.
♣ Symmetry (simetri) ♣
●Kecenderungan untuk menata stimuli ke dalam bentuk-bentuk yang sama.
Contoh :Mata cenderung melihat sebagai deretan 6 bentuk daripada deretan 12 bentuk
♣ Simplicity (kesederhanaan) ♣
● Prinsip yang merangkumi kelima-lima prinsip Gestalt sebelumnya.
● menyatakan bahawa manusia secara intuitif cenderung memilih pengorganisasian yang paling mudah/sederhana atau paling stabil.
Ilusi
Muller Lyer
Maksud Ilusi:
Ilusi terjadi kerana otak mentafsirkan pelbagai perbezaan pendapat asal dari pandangan yang sebenarnya yang terdapat pada stimulus atau objek yang diamati atau dihayati dengan teliti. Ilusi boleh terjadi pada pancaindera penglihatan, pendengaran, rasa dan hidu. Ilusi bukanlah sesuatu yang berlainan dalam jiwa seseorang.
Ilusi Muller Lyer
Ilusi Panjang (illusions of length)
Ilusi Bentuk (illusions of shape)
Ilusi Ukuran (illusions of size)
Bentuk Khayalan ( illusory contours)
Bentuk Yang Mustahil (impossible figure)
Gerakan Khayalan (illusory motion)
Bentuk Yang Dapat Dibalik ( reversible figures)
Ilusi panjang
Adalah keadaan salah persepsi pada diri manusia berkenaan dengan konteks panjang suatu objek. Salah satu bentuk ilusi jenis ini yang terkenal adalah the Müller-Lyer illusion, yang diciptakan oleh Franz Müller-Lyer Dokter jiwa Jerman pada 1889. Ilusi ini terjadi ketika dua garis mendatar yang sama panjang tetapi salah satunya nampak lebih panjang
Ilusi ukuran
Ketika manusia didorong ke arah salah persepsi kerana jarak, manusia tidak hanya salah menilai panjang dan bentuknya, tetapi juga salah menilai ukurannya. Ilusi ukuran ini dapat terlihat pada ilusi yang disebut sebagai “moon illusion” iaitu peristiwa mata kita melihat bulan nampak seperti lebih besar ketika ketika berada di garis cakerawala dibandingkan ketika berada di atas kepala kita. Ilusi ini telah menjadi perdebatan di kalangan ilmuwan.
Ilusi Bentuk
Manusia tidak hanya mengalami ilusi panjang, tetapi dapat juga mengalami ilusi bentuk. Pada ilusi " Zöllner." Terlihat bahawa suatu bujursangkar nampak seperti bentuk trapezoidal iaitu bagian puncak terlihat lebih luas dibanding yang di bawah. Mengapa ini terjadi sekali lagi karena ilusi yang muncul disebakan garis condong pembentuk sudut yang mengarahkan pada bentuk ke kedalaman.
OPTIKAL ILUSI
Apa itu optikal ilusi?
•Optikal ilusi didefinisikan sebagai kesalahan penangkapan mata manusia terhadap sesuatu corak.
•Ada anggapan konvensional bahawa ada ilusi yang bersifat fisiologi dan kognitif.
-Ilusi kognitif dibahagi kepada empat jenis ilusi iaitu ilusi ambigu, distorsi, paradok dan fiksional.
JENIS-JENIS ILUSI KOGNITIF
(a). Pada ilusi ambigu, gambar atau objek boleh ditafsirkan secara berlainan. Contohnya adalah: kubus Necker dan vas Rubin.
(b). Pada ilusi distorsi, terdapat distorsi ukuran, panjang atau sifat kurva (lurus lengkung). Contohnya adalah: ilusi dinding kafe dan ilusi Mueller -Lyer.
(b). Pada ilusi distorsi, terdapat distorsi ukuran, panjang atau sifat kurva (lurus lengkung). Contohnya adalah: ilusi dinding kafe dan ilusi Mueller -Lyer.
c). Ilusi paradoks disebabkan kerana objek yang paradoksikal atau tidak mungkin, misalnya pada segitiga Penrose atau 'tangga yang mustahil', seperti misalnya terlihat pada karya seni grafis M C Escher, berjudul "Naik dan Turun" serta "Air Terjun".
(d). Ilusi fiksional didefinisikan sebagai persepsi terhadap objek yang sama sekali berbeza bagi seseorang tapi bukan bagi orang lain, seperti disebabkan kerana schizoprenia atau halusinogen. Ini lebih tepatnya disebut dengan halusinasi.
(d). Ilusi fiksional didefinisikan sebagai persepsi terhadap objek yang sama sekali berbeza bagi seseorang tapi bukan bagi orang lain, seperti disebabkan kerana schizoprenia atau halusinogen. Ini lebih tepatnya disebut dengan halusinasi.
Bagaimana optikal ilusi terjadi?
•Corak yang mempengaruhi
•Kontras warna yang terpisah
•Paparan kinetik
•Tidak dapat mentafsirkan ruang-ruang pada satu objek.
Contoh
No comments:
Post a Comment