Sunday, 3 November 2013

Pandangan Tokoh Islam dan Barat terhadap Seni


June Mcfee
June Mcfee(Professor Emeritus June King McFee)

Merupakan professor & Head of the department of Art Education di
University of Oregon(Tahun 1965-1983)
Beliau mempunyai pemahaman  terhadap pembangunan budaya melalui
seni.
Hal ini dapat dilihat melalui buku yang ditulisnya iaitu Preparation For
Art, McFee.
Beliau percaya bahawa pendidikan seni adalah satu keperluan seorang
kanak-kanak.
Teorinya(Pembelajaran adalah menjurus kepada pembangunan dan
perubahan sikap).
Beliau amat menekan kepada kesenian dan individu serta seni dalam
masyarakat.
Rumusannya:
June Mcfee mengatakan bahawa seni dapat menyumbang dalam
pembangunan budaya dan sikap seseorang individu.
Beliau juga menekankan bahawa seni merupakan keperluan kepada
kanak-kanak.

IMAM  AL-GHAZALI
(1058-1111)
 Nama: Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Tusi al-
Ghazali.
 
Lahir pada 1058 di Tus berhampiran Bandar Meshad di Khorasan, Iran.

 Perkataan Al-Ghazali mungkin berasal dari nama daerah tempat kelahirannya Gazalah
atau berasal dari pekerjaan  harian bapanya sebagai penenun dan penjual  kaingazzal.

Al-Ghazali meninggal dunia di Tehran pada 19 Disember 1111 ketika berusia 53 tahun.

 “Hari ini hari isnin beliau bangun pagiberwuduk lalu
 sembahyang SubuhBeliau meminta kain kafannya.
 Beliau mengambilnyamenciumnya dan meletakkan
 atas matanya dengan ucapan ini, “aku menyerahkan
 kepada perintah Tuhanku.” Kemudian beliau melunjur
 kakinya mengadap KiblatApabila orang melihatnya
 dia telahpun meninggal.” 

SENI MENURUT PANDANGAN
AL-GHAZALI…


    Seni merupakan fitrah manusia yang mengilhamkan manusia untuk mencipta karya
seni dan seterusnya membawa nikmat dan kesenanganKesenangan itu dihayati
melalui pancaindera seperti matatelinga, rasa, bau dan sentuhanKesenian dalam
Islam merupakan usaha dan kreativiti buah fikiran yang telah dihasilkan oleh umat
Islam untuk menghasilkan sesuatu yang indah dan menarik.

Dalam bidang kesenian, Al-Ghazali mengemukakan teori estetikaTeori ini
menyentuh aspek keindahan yang terdapat pada sesebuah karya seniKeindahan,
menurut Al-Ghazali adalah nikmat yang tersendiri, yang dihayati kerananya dan
bukan tujuan lain. Keindahan tiap-tiap benda itu terletak pada kesempurnaannya
yang disedari melalui sifatnya.

Dari perspektif Islam, seni boleh dibahagikan kepada dua tujuan iaitu:
    - Suatu alat bagi manusia mencapai matlamat lebih  tinggi dan bermakna iaitu
untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
    - Seni merupakan suatu penawar hati dan penghibur bagi seseorang yang
mengembara di dunia ini dalam menuju alam akhirat.

Kesenian dalam Islam menurut al-Ghazali harus    diselaraskan berdasarkan
konsep kesatuan yang lebih besarSeperti yang dipancarkan pada motif-motif
yang diukir atau yang diterapkan kepada beberapa seni Islam seperti
pertukangan logamtembikartekstildan sebagainya.

Maka ia adalah bersesuaian dengan kehendak Al-Quran, di mana setiap kata
merupakan satu unit yang penting bagi mendukung susunan dan makna ayat.
   “ Seni sebagai penawar hati dan penghibur bagi seseorang yang mngembara di dunia dan akhirat…” – Al-Ghazali

KENNETH M.LANSING

STRUKTUR KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 
Kenneth M. Lansing merupakan penulis yang banyak menghuraikan pandangan yang
berhubung dengan pembinaan kurikulum Pendidikan Seni. Pandangannya ini ditulis
dalam buku yang bertajuk ‘Art, Artist and Art Education (1971).
Menerusi buku Art, Artist and Art Education oleh Kenneth M. Lansing, ia
menghuraikan tentang pembinaan kurikulum Pendidikan Seni yang meliputi matlamat
am, matlamat khusus, objektif serta pendekatan yang sepatutnya digunakan oleh
pembuat dan perancang kurikulum

MATLAMAT UMUM KENNETH M.LANSING
Matlamat utama Pendidikan Seni oleh Kenneth M. Lansing boleh dibahagikan
kepada dua iaitu untuk menghasilkan penggiat seni (artis) dan penghayat seni
(connoiseurs) yang berpengetahuan serta mempunyai kemahiran untuk
menginteprestasi dan menilai serta berkemampuan untuk mentafsir dan
berkomunikasi tentang pengertian pengalaman menerusi hasilan tampak dalam
kehidupan.

Kandungan seni amat luas. Bagi yang berbakat dan berkeupayaan menguasai
bidang-bidang tertentu akan menjadi seorang penggiat seni sementara yang
lainnya masih boleh melibatkan diri iaitu sebagai penghayat seni.

MATLAMAT KHUSUS 
Matlamat khususnya pula menjelaskan bahawa ia dapat mempertingkatkan
pengetahuan seni seseorang itu, mempertingkatkan kesedaran dan sikap terhadap seni
serta memperkembangkan potensi dalam berkarya. Kenneth M. Lansing juga
menjelaskan perkaitan matlamatnya dengan aspek perkembangan kognitif, afektif
dan psikomotor. Ketiga-tiga matlamat ini dinyatakan sebagai struktur pengetahuan
seni.

LIMA TEORI KENNETH M. LANSING


Seni hanya dapat ditakrifkan sekiranya kita peka dengan apa yang kita lakukan
dalam kelas.

Seni visual adalah persembahan tentang kemahiran konsep,emosi(idea dan
perasaandalam bentuk yang benar-benar memuaskan dan berkait secara logik.

Perkataan skillful digunakan agar pembaca memahami bahawa seni itu suatu
kemahiran dan bukannya hasil.Hasil daripada kemahiran ini melahirkan karya seni
(work of art). 

Beliau juga menggunakan perkataan persembahan kerana pelukis visual
menyumbangkan segala yang mereka ingin luahkan dalam suatu masa dan pada
sesuatu karya.Pelukis visual tersebut tidak akan membuatkan sesuatu perkara iaitu
sumbanganya berlanjutan melangkaui masa yang sepatutnya.Itu merupakan faktor
seni visual adalah bersifat unik dan berbeza dengan seni-seni yang lain.Hanya
pelukis visual dapat mengenalpasti dan mentafsirwarna,bentuk,tekstur,hubungkait
visual dan banyak lagi di mana pemuzik danpengkarya seni yang lain tidak dapat
melakukannya.

Konsep dan emosi,idea dan perasaan adalah sebahagian daripada seni.Selain
itu,beliau juga menggunakan emosi unutk mentafsirkan perkara tentang mental
emosional yang aktif dalam proses artistik.Beliau bersetuju dengan pendapat
Susan Langer bahawa seni merupakan trasformasi simbolik sesuatu
pengalaman.Namun beliau tetap menegaskan bahawa konsep dan emosi adalah
kepuasan dalaman sesuatu pengalaman di mana pelukis yang memberi contoh
yang baik terhadap kualiti dan idea dalam kemahiran visual atau simbol dipanggil
sebagai karya seni.

KESIMPULAN
—  Melalui kesemua domain di atas, pelajar bukan sahaja mempunyai tahap intelektual yang tinggi malah mempunyai ketinggian nilai, minat, sikap, penghargaan nilai, mempunyai tahap emosi yang diingini dan pelajar juga mampu membuat pernyataan, etika dan estetika yang diharapkan terhadap penghasilan seni melalui sesuatu aktiviti. Ia juga dapat menunjukkan kemahiran memanipulasi bahan dan peralatan seni secara lebih efisyen.
 —Untuk itu potensi semulajadi pelajar dapat dikembangkan dengan menekankan struktur ilmu yang dilihat melalui tiga domain utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Kemahiran ini perlu dilaksanakan secara berterusan berpandukan garis panduan yang ditetapkan. Dan huraian kesemua domain tersebut akan dijustifikasikan untuk memperlihatkan kesesuaiannya dengan Kurikulum Pendidikan Seni di negara kita.

LAURA CHAPMAN
memperkenalkan
3 Kaedah…..


(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
    Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektifhaluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.


 (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
   Proses pengolahan dan penjanaan idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.
       Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.

(c)Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
Guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan
melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Konklusinya

Setiap seni yang dihasilkan perlulah mempunyai tema dan objektifnya sendiri.

Seseorang pengkarya yang baik akan menetapkan hala tuju bagi sesebuah seni yang dihasilkan.

Hasil seni perlulah mempunyai makna dan nilai tersendiri.

No comments:

Post a Comment

meysanisme.blogspot.com